Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam satu kenyataan di sini berkata, jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat, Jawatankuasa Dewan dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Jelas kenyataan itu, di bawah PAC, seramai tiga anggota ditukar iaitu Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh) bagi menggantikan Akmal Nasrullah Mohd. Nasir (PH-Johor Bahru); William Leong Jee Keen (PH-Selayang) menggantikan Willie Mongin dan Datuk Dr. Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) menggantikan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin).

“Dua anggota dalam Jawatankuasa Peraturan-Peraturan Mesyuarat telah ditukar iaitu R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) yang menggantikan Dr. Azman Ismail (PH-Kuala Kedah) dan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) menggantikan Datuk Mansor Othman (PH-Nibong Tebal).

“Masing-masing seorang anggota di Jawatankuasa Dewan serta Jawatankuasa Hak dan Kebebasan turut ditukar iaitu Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) menggantikan Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin (PH-Hang Tuah Jaya) menggantikan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid,” kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE