Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) berkata, langkah itu berupaya mencegah gejala tersebut daripada terus berleluasa.

Menurut beliau, laporan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) menunjukkan lebih 2,000 orang membunuh diri setiap tahun dan lebih mengejutkan, kebanyakan mereka terdiri daripada golongan muda.

“Ini bermakna, secara purata sebanyak tujuh kes bunuh diri berlaku dalam sehari atau kira-kira 200 orang sebulan.

“Justeru, saya ingin mengetahui apakah langkah intervensi strategik yang dilakukan oleh kementerian bagi mengurangkan kes bunuh diri dalam kalangan rakyat,” katanya ketika membahaskan Bajet 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE