Noh Omar

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata skim berkenaan akan ditawarkan hanya kepada penyewa asal.

Menurutnya, oleh kerana didapati ada unit PPR yang disewa dan ada pula sewa atas sewa, langkah pertama yang akan dibuat ialah usaha 'pemutihan' untuk memastikan mereka yang berada di situ adalah penyewa asal.

"Apabila kita buat pemutihan kita akan beri penawaran kepada mereka dengan skim rent-to-own yang mana pihak penyewa ini diberi tawaran memiliki rumah dengan tanpa apa-apa deposit.

"*Sekiranya kita dapati penyewa ini merupakan pembayar sewa yang baik, sewaan yang mereka buat sebelum ini akan diambil kira," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Noh menjawab soalan tambahan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) berhubung mekanisme dalam soal memberi hak milik kepada penyewa PPR. - BERNAMA