Menterinya, M. Kula Segaran berkata, langkah itu bagi memastikan tenaga pakar di negara ini bukan sahaja hebat dalam bidang akademik, sebaliknya dalam bidang praktikal.

“Ada arahan supaya para pensyarah menjalani praktikal selepas waktu kerja supaya mereka memiliki kepakaran dalam kerja-kerja kemahiran.

“Di India, para pensyarah di sana dibayar gaji lebih tinggi daripada gaji pegawai kerajaan kerana mempunyai kepakaran di sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang bertanyakan kelayakan tenaga pengajar dalam bidang TVET.
Tambah Kula Segaran, selain tenaga pengajar, pengamatan­nya turut mendapati institut latihan TVET juga jauh di tempat perindustrian sehingga men­yu­karkan anak-anak muda untuk menjalani latihan industri.

“Baru-baru ini saya ke Padang Serai yang mana kita tengok institut teknikal itu jauh dari tempat perindustrian. Hala tujunya nampak kabur. Jauh tempat perindustrian, jauh dari anak-anak kita hendak belajar,“ katanya.