Menterinya, M. Kula Segaran berkata, langkah itu bagi memastikan tenaga pakar di negara ini bukan sahaja hebat dalam bidang akademik sebaliknya dalam bidang praktikal.

“Ada arahan supaya para pensyarah menjalani latihan praktikal selepas waktu kerja supaya mereka memiliki kepakaran dalam kerja-kerja kemahiran.

“Di India, para pensyarah di sana dibayar gaji lebih tinggi daripada gaji pegawai kerajaan kerana mempunyai kepakaran di sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang bertanyakan kelayakan tenaga pengajar dalam bidang TVET. - UTUSAN ONLINE