Sekiranya enggan berbuat demikian, mereka boleh hilang mata pencarian.

Dakwaan itu ditimbulkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (BN - Bagan Datuk) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ketua Pembangkang itu memberitahu, penjawat-penjawat awam yang berkhidmat bersama Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) serta agensi-agensi lain telah diminta mengisi borang menjadi ahli.

"Sebagai negara demokrasi, biarlah mereka menentukan di manakah hala tuju sokongan asalkan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik di jabatan-jabatan diamanahkan," kata beliau. - UTUSAN ONLINE