Perkara tersebut adalah selari dengan dasar kerajaan yang mahu menyalurkan subsidi secara bersasar khusus untuk golongan miskin.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin, berharap golongan berkenaan sedar dan memahami keputusan yang telah diambil kerajaan.

“Ada juga kondominium mewah, rumah teres besar dan banglo mencatat bil elektrik kurang RM20 sebulan dan itu berlaku kerana mereka selalu tiada di rumah.

“Penyaluran subsidi bersasar hanya dikhususkan kepada golongan miskin dan miskin tegar yang berdaftar dengan program e-Kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat Jawatankuasa bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE