Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas perjumpaan dengan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof pagi tadi.

Perjumpaan itu turut hadiri Timbalan Menteri Kesihatan Dr. Lee Boon Chye; Ketua Unit Kawalan Tembakau Kementerian Kesihatan, Dr. Nor Aryana Hassan dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit KKM, Dr. Norhayati Rusli.
 
Dr. Dzulkefly berkata, kementerian telah menyampaikan pendirian bahawa  pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen adalah selaras dengan Artikel 8 WHO FCTC iaitu melindungi golongan bukan perokok daripada bahaya asap rokok dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

"Penguatkuasaan peraturan ini menunjukkan bahawa melindungi kesihatan rakyat adalah penting dan mesti bermula dengan institusi Parlimen.

"Sehubungan itu, kementerian tidak akan menarik semula keputusan pembatalan bilik merokok di dalam bangunan Parlimen," kata Dr. Dzulkefly dalam satu kenyataan.

Sementara itu Dr. Dzulkefly berkata, perjumpaan itu  bersetuju untuk menyediakan ruang merokok alternatif sementara di luar bangunan Parlimen sehingga satu ruang tetap disediakan.-UTUSAN ONLINE