Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pemeriksaan mengejut di 1,000 taska

ROHANI ABDUL KARIM
ROHANI ABDUL KARIM

KUALA LUMPUR 21 Mac – Jabatan Kebajikan Ma­sya­rakat (JKM) menyasarkan melakukan pemeriksaan me­ngejut terhadap 1,000 taska di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pada tahun lalu pemeriksaan mengejut telah dilakukan terhadap 556 taska.

Beliau berkata, langkah tersebut dijalankan untuk memastikan semua taska berada dalam keada­an selamat dan mesra kanak-kanak.

“JKM akan sentiasa melakukan pemantauan dan menjalankan pemeriksaan secara berkala dan mengejut terhadap taska-taska.

“Justeru, kita amat mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang ramai bagi memastikan semua taska ini selamat dan mesra kepada kanak-kanak,” katanya menjawab soalan Dr. Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut Rohani berkata, sebanyak 117 taska di seluruh negara telah dikenakan tindakan oleh JKM seperti pembatalan le­sen pendaftaran dan pendakwaan di mahkamah sepanjang tahun lalu.

“Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan hampir 80 peratus berbanding hanya 23 tindakan pada 2015 dan ini menunjukkan keseriusan kerajaan dalam menangani isu ini,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain