Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pembangkang turut bertanggungjawab

Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR 18 April - Tugas memajukan ekonomi negara bukan hanya terletak pada bahu kerajaan tetapi pembangkang sepatutnya turut sama memikul tanggungjawab itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pembangkang perlu menghentikan tindakan memburukkan Malaysia termasuk tohmahan yang tidak berasas mengenai ekonomi yang boleh menjejaskan pembangunan sekali gus menghalang kemasukan pelaburan ke negara ini.

Menurutnya, tindakan pembangkang diketuai DAP amat berbeza dengan sikap pemimpin pembangkang di negara lain yang tidak pernah memburukkan imej negara mereka.

“Pemimpin pembangkang dari luar sedikit pun tidak memberi persepsi buruk malah mempertahankan imej negara mereka apabila mengunjungi negara lain.

“Namun ada beberapa pe­mimpin terutamanya DAP yang pergi ke luar tidak ada semangat patriotik, di situ ada banyak perbezaan pembangkang kita dan pembangkang di negara lain,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah yang meminta penjelasan kerajaan sama ada pelaburan dari Arab Saudi terutamanya projek di Pengerang, Johor memberi persepsi bahawa Malaysia telah digadaikan kepada negara berkenaan.

Katanya, cubaan untuk mensabotaj ekonomi negara bukan hanya membabitkan pelaburan Arab Saudi malah pembangkang pernah berbuat demikian sebelum ini sehingga sebuah syarikat Taiwan membatalkan hasrat untuk melabur di Pengerang.

“Mereka boleh mempersoalkan dasar tetapi jangan sampai memudaratkan ekonomi negara kerana yang terjejas adalah rak­yat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata, lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia memberi impak besar yang signifikan kepada negara dari segi hubungan ekonomi selain menggambarkan hubungan diplomatik yang lebih akrab antara kedua-dua negara.

Kata beliau, hubungan itu juga secara khusus memperlihatkan keyakinan Arab Saudi yang merupakan rakan dagang ke-19 terbesar Malaysia, terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara di bawah ke­pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dari segi aspek ekonomi antara kerajaan, Malaysia dan Arab Saudi telah menandata­ngani memorandum persefahaman (MoU) yang melibatkan kerjasama dalam perdagangan dan pelaburan yang meliputi pelbagai sektor ekonomi.

“Melalui MoU tersebut, ia telah mewujudkan platform kerjasama baharu bagi merancakkan lagi hubungan ekonomi kedua-dua negara,” katanya menjawab soalan Senator Abdul Shukor Mohd. Sultan yang meminta beliau menyatakan manfaat diperoleh hasil kunjungan Raja Arab Saudi ke negara ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain