Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pembangkang diselar sabotaj ekonomi negara

KUALA LUMPUR 7 Mac – Seorang penyokong kerajaan menyelar tindakan pihak pembangkang mensabotaj ekonomi negara semata-mata mahu melabelkan Malaysia sebagai sebuah negara gagal di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Liang Teck Meng

Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa, pembangkang turut menyebarkan dakyah bahawa Malaysia akan bankrap selain menuduh kerajaan menjual negara kepada China apabila membuat pelaburan besar di Malaysia sedangkan kedudukan ekonomi negara adalah kukuh.

Beliau berkata, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semakin me­ningkat sehingga 4.5 peratus pada suku keempat tahun lalu selain pelaburan langsung asing (FDI) mencatatkan jumlah RM207.9 bi­lion iaitu peningkatan 11 peratus berbanding 2015.

“Eksport negara pula merekodkan peningkatan sehingga 13.6 peratus pada Januari lalu. Sektor pelancongan juga me­ningkat sebanyak 18.8 peratus daripada RM69.1 bilion pada 2015 kepada RM82.1 bilion pada 2016 selain nisbah hutang negara berbanding KDNK bertambah baik daripada 54.5 peratus menurun kepada 52.7 peratus pada akhir 2016.

“Ini jelas membuktikan bahawa ekonomi negara bukan seperti yang diuar-uarkan pembangkang kononnya negara kita bakal bankrap dan menghadapi krisis ekonomi yang tenat,” katanya ketika mencadangkan usul perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diper­kenalkan kerajaan telah berjaya mencipta 2.94 juta peluang pekerjaan dan meningkatkan RM36,299 pendapatan per kapita sekali gus meningkatkan pelaburan swasta kepada RM114.8 bilion.

“Malangnya, pembangkang tidak pernah menyampaikan maklumat dan pencapaian kerajaan, sebaliknya menyebarkan propaganda mereka yang hanya bermatlamatkan memburukkan imej negara,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain