Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pembangkang ‘jaguh debat’, terima kasih Pas

Keratan Utusan Malaysia keluaran 22 Oktober 2106.
KERATAN Utusan Malaysia keluaran 22 Oktober 2106.

NAMPAKNYA Dewan Rakyat se­olah-olah menjadi ‘pentas san­diwara’ pula kepada wakil pembangkang untuk menonjolkan diri sebagai jaguh debat dan memfitnah.

Mana tidaknya. Selepas insiden keluar Dewan tempoh hari konon­nya tidak mempersetujui Bajet 2017, wakil-wakil pembangkang terlibat tetap pula berbahas me­ngenai bajet berkenaan. Dan isu-isu yang dibahaskan mereka telah diambil perhatian oleh kementerian yang bertanggungjawab.

Sewaktu sesi penggulungan pun, rata-rata persoalan, cada­ngan dan kritikan yang dilemparkan oleh mereka dijawab oleh sama ada menteri atau timbalan­nya. Ada di antaranya diambil maklum oleh kementerian terlibat.

Namun yang peliknya, setelah undi belah bagian dibuat, 70 wa­kil pembangkang tadi tidak bersetuju. Sebelas wakil rakyat Pas memilih untuk berkecuali. Akhir­nya, bajet berkenaan lulus juga setelah 117 ahli Parlimen menyatakan persetujuan.

Barang kali tindak tanduk pem­bangkang ini suatu ‘amalan biasa’. Nama pun pembangkang. Tetapi kalau diamati secara mendalam, tindakan tidak menyokong Bajet 2017 ini sebenar­nya suatu pengkhianatan besar kepada sistem Parlimen serta rak­yat yang mengundi mereka. Buat apa mereka berada di Dewan Rakyat dan menjadi wakil dalam pembentukan sesuatu dasar?

Dengan tidak menyokong Bajet 2017, wakil-wakil pembangkang dilihat seolah-olah tidak bersetuju perbelanjaan kerajaan. Antaranya, meliputi pembayaran gaji kakitangan awam, pemberian subsidi serta peruntukan-peruntukan untuk rakyat. Ini terma­suklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan perancangan pembangunan.

Jadi, apa tujuan pembangkang memberi cadangan, kritikan, idea termasuk memohon peruntukan untuk pembangunan kawasan ma­sing-masing apabila pada akhir­nya mereka menolak bajet negara itu?

Maka wajarlah wakil-wakil pem­bangkang mencontohi ahli-ahli Parlimen Pas yang lebih waras membuat keputusan.

Walaupun tidak mengundi, mereka konsisten dengan pendirian menyokong apa yang baik untuk rakyat serta negara. Kritikan kalau ada pun pada sesi perbahasan hanyalah untuk perhatian kementerian.

Keputusan Ahli-ahli Parlimen Pas untuk tidak memilih atau berkecuali itu, membolehkan Barisan Nasional (BN) dan kerajaan meneruskan agenda membantu rakyat.

Terima kasih Pas.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain