Hal demikian ini kerana menurut bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, Yang Dipertua Dewan Rakyat mestilah seorang yang bebas dan tidak mewakili mana-mana parti.

Jelas beliau, seseorang yang dilantik memegang jawatan tersebut juga perlu memahami Perlembagaan, undang-undang dan dihormati oleh seluruh ahli Dewan Rakyat.

“Parlimen merupakan cabang ketiga dalam kerajaan dan memerlukan proses reformasi. Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti faham dengan Perlembagaan, undang-undang dan dihormati.

“Sesiapa yang dilantik juga mesti bebas. Kita mempunyai beberapa bekas hakim Mahkamah Rayuan yang layak bagi mengisi jawatan itu.

“Pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak boleh berunsur poltik. (Walaupun), manifesto mengatakan jawatan berkenaan perlu diberi kepada ahli Parlimen namun sekiranya calon yang dipilih sememangnya layak, masyarakat akan menerimanya,” jelas Ambiga dalam Twitter miliknya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE