Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pada ketika ini dua dasar berkenaan masih di peringkat perbincangan dengan pihak-pihak berkepentingan.

“Dasar-dasar baharu itu dijangka dibentangkan pada tahun hadapan.

“Sehubungan itu, pihak kementerian mengalu-alukan sebarang idea dan pendapat dalam memastikan sektor pelancongan, seni dan budaya dikembangkan serta dikagumi di mata dunia,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Ti Lian Ker yang meminta menyatakan dasar dan hala tuju baharu kementerian tersebut bagi memperkukuhkan status pelancongan negara memandangkan sektor tersebut banyak menyumbang kepada pendapatan negara. – UTUSAN ONLINE