Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu juga bagi memastikan aset strategik Khazanah berada dalam keadaan selamat dan diuruskan dengan bertanggungjawab.

“Saya beri contoh yang me­nuntut kita melihat semula peranan Khazanah sebagai con­toh pelaburan hampir AS$20 juta (RM80.9 juta) melalui sebuah syarikat dalam talian yang menjual baju dalam. Pelaburan ini terpaksa dihapuskan, jadi ini yang paling kecil berlaku.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui ekuiti persendirian bagi mengambil alih sebuah bank, yang akhirnya oleh kerana perbincangan tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan, ia terpaksa dihapuskan sebanyak RM3 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, walaupun Khazanah banyak mencatatkan kejayaan menerusi beberapa pelaburan lain seperti bersama Ali Baba sebelum ini, kejayaan itu tidak boleh dijadikan sempadan untuk kerajaan menyemak imbang keadaan sayap pelaburan negara itu.

“Saya mengambil pendirian, sementara kita mengakui ada kejayaan dan pencapaian yang dibuat Khazanah, kita tidak harus berkompromi dengan beberapa perkara yang harus diperbetulkan,” katanya.