Itulah yang diungkapkan oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Bachok) berhubung keputusan dicapai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Jawatankuasa Kewangan Negara sebelum ini.

Beliau ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini mengalu-alukan kesungguhan Dr. Mahathir memenuhi janji manifesto menyalurkan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

Beliau juga menzahirkan rasa syukur dan menyifatkan keputusan itu sebagai takdir yang tidak mampu difikir.

"Saya pernah bertemu Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan Datuk Seri Najib Tun Razak dua kali dan kedua-duanya masih setuju bahawa Kelantan tiada hak ke atas royalti yang diperjuangkan kerajaan negeri Kelantan.

"Susah untuk dua (bekas) Perdana Menteri yang telah dipilih oleh Langkawi (Dr. Mahathir) untuk buka kunci besar yang telah dikunci oleh Langkawi sendiri. Namun, takdir menentukan segalanya apabila kunci yang kukuh itu dibuka oleh Langkawi sendiri," katanya. - UTUSAN ONLINE