Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Parlimen Malaysia masih amal demokrasi

Yang Dipertua Dewan Rakyat sangkal kenyataan Mahathir

Ismail Muttalib
Ismail Muttalib

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Yang Dipertua Dewan Rak­yat menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa ins­titusi Parlimen hari ini tidak lagi bersifat demokrasi, berbanding zaman beliau menjadi Perdana Menteri.

Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, persidangan Dewan Rakyat yang bermula Isnin hingga Khamis memberi peluang kepada semua ahli Parlimen me­nyampaikan hujah tanpa gangguan selagi masing-masing mematuhi peraturan mesyuarat.

Katanya, keadaan itu dapat dilihat apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyampaikan hujahnya selama 30 minit tanpa gangguan oleh beliau, timbalan-timbalannya iaitu Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ismail Mohamed Said serta ahli-ahli Parlimen lain.

“Begitu juga dengan ahli Parlimen lain berhujah, sekiranya mereka melanggar mana-mana peraturan mesyuarat, saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai hak mengarahkan mereka supaya berhenti,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Sambil memberi contoh, Pandikar Amin memberitahu, kejadian Ahli Parlimen Gelang Patang, Lim Kit Siang mengemukakan usul berhubung kes kerugian Perwaja Steel Sdn. Bhd., berjumlah RM10 bilion tetapi ditolak oleh Yang Dipertua ketika itu, Tun Zahir Ibrahim.

“Saya yakin Kit Siang masih ingat dengan kejadian yang berlaku pada 1988 itu dan ia berlaku pada zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri,” ujar beliau.

Berhubung tidak hadir mesyuarat pembangkang yang diadakan Selasa lalu, Pandikar Amin mengaku ada menerima surat jemputan daripada Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Katanya, secara individu beliau boleh menghadiri mesyuarat tersebut namun membuat keputusan untuk tidak menghadiri mesyuarat selepas menyedari jawatannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Selain itu, mesyua­rat tersebut turut dihadiri oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang, jadi untuk tujuan apa jika saya menghadiri mesyuarat tersebut?

“Saya akan berdialog dengan Dr. Mahathir kemudian bertegang urat seterusnya menyebut perkara-perkarta yang menyakitkan orang tertentu. Atas sebab-sebab itu, saya tidak hadir,” katanya.

Selasa lalu, Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hadir ke Parlimen dan mengadakan sidang akhbar bersama pembangkang bagi membincangkan mengenai imuniti ahli-ahli Parlimen bersuara dalam Dewan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut, Presiden PPBM yang juga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Semporna selaku Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain