Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, sistem satu jawatankuasa ini dijangka dibentuk dengan seberapa segera.

Katanya, selama ini Parlimen di negara ini sudah pun mempunyai beberapa jawatankuasa yang sebenarnya tidak perlu untuk ditubuhkan.

“Kita mahu menubuhkan jawatankuasa yang selari dengan Britain dan Australia. Mereka lebih matang dalam sistem demokrasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Advokasi Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang turut hadir pada program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dan Pengerusi Westmintser Foundation for Democracy United Kingdom, Hugh Bailey.

Seramai 40 ahli Parlimen serta senator hadir dalam program yang diadakan selama dua hari berkenaan. - UTUSAN ONLINE