"Agama juga perlu diberi perlindungan kerana mana-mana agama sekalipun dilarang daripada dicaci dan dimaki," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Sri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai persediaan kerajaan dalam mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina agama Islam termasuk menggubal rang undang-undang baharu.


Dalam pada itu, Mujahid berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan daripada polis berhubung isu menghina agama Islam di media baharu seperti Facebook. 


"Kami belum menerima apa-apa laporan rasmi daripada pihak polis untuk kami teliti seterusnya melihat aspek-aspek yang boleh dikawal agar Islam sebagai agama Persekutuan itu dihormati oleh semua pihak termasuk juga untuk agama lain," katanya. - BERNAMA