Wan Azizah

Presidennya, Datin Seri 
Dr. Wan Azizah Wan Ismail turut melahirkan 
penghargaan kepada 
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kerajaan PKR 
Selangor dan kerajaan Pas Kelantan yang membantu rakyat di negeri-negeri 
ditimpa bencana itu.

“Marilah kita 
mengetepikan perbezaan 
dan berusaha membantu 
mangsa yang terjejas dengan bencana itu,” katanya dalam sidang akhbar di bilik media 
di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau menambah, semua parti dalam Pakatan Harapan diketuai DAP telah menggerakkan para petugas dan aktivis ke negeri-negeri terbabit.

“Kami dimaklumkan 
bantuan makanan 
mencukupi dan operasi kini tertumpu kepada aktiviti membersihkan kediaman 
dan kawasan terjejas,” 
ujarnya.