Ahli Parlimen Rom­­pin itu berkata, wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang menganggotai PAC ketika itu mene­rima laporan berkenaan tanpa pertikaian kerana menganggap ia adalah laporan yang sebenar.

Bagaimanapun, beliau tetap berpegang kepada kenya­taan terbaharu bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang menafikan dakwaan ada mengubah laporan berkenaan.

“Saya tidak tahu-me­nahu. Apa yang Am­brin cakap (nafi ubah laporan), itulah. Apa yang Ambrin bawa ke PAC, itu­lah laporannya.

“Semasa itu kita ang­gap itulah laporannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mengesahkan laporan akhir pengauditan 1MDB telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Madinah dalam satu kenya­taan memberitahu, laporan itu ada menyebut kehadiran Low Taek Jho atau Jho Low da­lam salah satu mesyua­rat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, namun Najib menerusi Ketua Se­­tiausaha Sulit beliau, Tan Sri Shukry Salleh mengarahkan perenggan itu digugurkan atas alasan ia sensitif dan bagi mengelak fakta diputarbelitkan pihak pembangkang.