REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, hal itu kerana, tindakan menarik balik operasi GLC dan GLIC di Myanmar tidak akan memberi kesan positif kepada matlamat menghentikan krisis penghapusan etnik berkenaan.

Selain itu, katanya, tindakan terburu-buru tidak diambil kerana perkara tersebut membabitkan soal pelaburan syarikat.

“Kita buat kajian kalau tindakan bersifat unilateral, kadang kala tidak beri impak positif kepada apa hasil kita nak capai.

“Satunya kita nak pastikan dalam keadaan apa pun kita masih ada ruang untuk bantu masyarakat Rohingya. Ada kala­nya kita mengambil tindakan tetapi pada masa sama kita mahukan apa yang dihasratkan tercapai,” katanya.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada sesi pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Wan Azizah bertanya sama ada kerajaan akan memberhentikan semua pelaburan GLC dan GLIC di Myanmar berikutan krisis pembantaian etnik Rohingya.

Dalam pada itu, Reezal Merican mengulangi pendirian bahawa keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Myanmar hanya me­nyem­pitkan ruang serta peluang untuk menghulurkan bantuan kepada etnik Rohingya sama ada secara langsung atau pun tidak.

“Kalau tidak ada hubungan diplomatik, pertubuhan-pertubu­han bukan kerajaan (NGO) dari Malaysia seperti Mercy Malaysia tidak mungkin dibenar masuk ke kawasan bergolak itu,” jelas beliau.