Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, Ahmad merangkap Ahli Parlimen Pontian sentiasa menonjol dan melibatkan diri dalam perdebatan di Dewan Rakyat.

“Saya tidak mahu pemimpin seperti ini melompat ke PKR mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Laksanakan lah tugas dengan sebaiknya. Mereka sudah menjadi kerajaan untuk tempoh masa yang lama dan saya yakin mereka akan jadi pembangkang yang hebat,” katanya dalam forum bertajuk Kebangkitan Malaysia Baharu: Cabaran memenuhi impian di Sunway Universiti dekat sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dan Felo Institut Pulau Pinang, Dr. Wong Chin Huat. - UTUSAN ONLINE