MOHD. REDZUAN MD YUSOF
MOHD. REDZUAN MD YUSOF

Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, NPL diklasifikasikan sebagai pinjaman tertunggak melebihi enam bulan ke atas manakala hutang lapuk yang diklasifikasikan sebagai tunggakan melebihi 24 bulan berjumlah RM437.6 juta atau 6.4 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

"Daripada jumlah itu, sebanyak RM105.6 juta berjaya dikutip dan selepas mengambil kira faktor pinjaman, keuntungan yang dicatatkan oleh Tekun Nasional pada 2017 bernilai RM28.5 juta," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Mansor Othman (PH-Nibong Tebal), beliau berkata, purata kos operasi Tekun Nasional bagi tempoh setahun menjangkau RM100 juta dan secara kasar, membelanjakan RM9 juta sebulan.

Katanya sektor industri asas tani mencatatkan pinjaman tidak berbayar tertinggi diikuti sektor servis.

Mohd. Redzuan menjelaskan, antara pendekatan yang diambil untuk menangani hutang lapuk itu ialah menubuhkan pusat panggilan kutipan, mempelbagaikan kaedah bayaran balik, melaksanakan pendekatan pemulihan pembiayaan dan tindakan litigasi, jika perlu. - BERNAMA