Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darell Leiking berkata, rundingan dua hala antara kementeriannya dan Kementerian Kewangan masih berjalan bagi meneliti kajian semula duti eksais bagi kereta import, sekiranya terdapat keperluan.

“Kerajaan buat masa ini masih mengekalkan kadar duti eksais bagi kereta import kategori pertama dengan enjin bersaiz bawah 1,000 cc.

“Pengurangan kadar duti eksais sehingga kini ditawarkan kepada kenderaan yang dipasang secara tempatan sahaja,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan) yang ingin mengetahui sama ada kerajaan PH akan mengurangkan kadar duti eksais bagi kereta import. - UTUSA ONLINE