Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kemaju­an Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kementerian memandang serius cadangan itu kerana tidak mahu menutup peluang mana-mana pihak untuk menyambung pe­ngajian di sekolah ber­asrama penuh.

Katanya, atas sebab itu kementerian me­rancang melantik agensi luar bagi mengendalikan MRSM berbayar seperti Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Persaingan kema­sukan ke MRSM sangat sengit ketika ini. Buktinya Bahagian Pendidikan Mara menerima 80,000 permohonan kemasukan untuk pelajar tingkatan satu serta empat setiap tahun dan daripada jumlah itu hanya 10,000 permohonan yang diluluskan.

“Objektif utama penubuhan MRSM adalah membantu pelajar miskin dan luar bandar dengan memberi peluang kepada mereka untuk belajar dalam persekitaran yang le­bih selesa dan ketika ini 45 peratus pelajar di sekolah itu adalah daripada keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri turut berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi peruntukan kepada MRSM bagi menaik taraf beberapa kemudahan dan infrastruktur yang uzur sejak 2012.