Salleh Said Keruak

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, dua Digital Hub itu menawarkan ekosistem dan ruang kerja bagi memudahkan operasi syarikat awalan yang didokong oleh syarikat teknologi global, syarikat pemecut serta agensi bakat.

“Sehingga kini, sebanyak dua lokasi Digital Hub yang telah diberi kelulusan iaitu Art Printing Works di Jalan Riong dan The Co. di Jalan Lengkok Abdullah, masing-masing terletak di Bangsar.

“Menariknya, dua lokasi ini bukan hanya menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi malah menawarkan akses kepada program mentor, bimbingan dan pasaran modal kepada syarikat awalan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Se­nator Datuk Chai Kim Sen mengenai perkembangan program pembangunan ekonomi digital seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017, ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Negara, hari ini.