REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata ini berikutan proses peralihan pentadbiran baru bermula dan Trump hanya akan dilantik secara rasmi pada 20 Jan tahun depan.

"Trump hanya akan memulakan tugasnya mentadbir kerajaan selepas beliau dilantik secara rasmi," katanya pada persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) mengenai pendirian dan dasar kerajaan terhadap presiden Amerika Syarikat yang baharu itu.

Reezal berkata hubungan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat terbina atas dasar saling hormat-menghormati antara satu sama lain selain kerjasama erat dalam aspek perdagangan, pelaburan, pertahanan dan keselamatan.

"Hubungan dua hala dengan Amerika Syarikat meningkat ke tahap 'comprehensive partnership' pada 2014 dalam pelbagai bidang kerjasama yang memberikan pelbagai manfaat kepada hubungan dua hala," katanya.

Jelas Reezal, Malaysia akan meneruskan kerjasama dengan pentadbiran baharu Amerika Syarikat untuk memastikan kesinambungan hubungan kerjasama dua hala terus kukuh dan kepentingan negara terjamin pada masa depan. - BERNAMA