ASYRAF WAJDI DUSUKI

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keadaan itu menimbulkan cabaran besar dalam usaha kerajaan memperkasakan institusi pendidikan Islam tersebut khususnya dari segi keselamatan.

“Banyak yang belum daftar, ini cabaran besar yang kita harus selaraskan dulu sebelum fikir bagaimana mahu selaraskan perkara-perkara lain.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri menyebut bahawa keutamaan ketika ini adalah untuk memastikan tahap keselamatan pusat tahfiz kelolaan swasta berada pada tahap terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Idris Ahmad (Pas - Bukit Gantang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memberikan bantuan per kapita kepada pelajar di pusat tahfiz persendirian sebagai inisiatif tanggungjawab sosial pada sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dalam perkemba­ngan berkaitan, Asyraf Wajdi berharap Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu yang positif berhubung usaha pemerkasaan pusat tahfiz dalam pembenta­ngan Bajet 2018 esok.