LIEW VUI KEONG
LIEW VUI KEONG 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, terdapat banyak kesalahan jenayah yang dikenakan hukuman mati seperti pembunuhan dan mengedar dadah.

Namun begitu, ujarnya, kerajaan tidak boleh memilih atau mengecualikan kesalahan tertentu.

“Saya dapat memahami perasaan mangsa, sangat menyakitkan. Tetapi jika terdapat hasrat kerajaan untuk menghapuskan, kita tidak boleh hapuskan separuh sahaja.

“Kami mahu menghapuskan semua kesalahan jenayah yang memperuntukkan hukuman mati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE