TEO NIE CHING
TEO NIE CHING 

Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berkata, bagaimanapun tindakan itu bukan sebab utama kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) turut menjadi punca berlakunya pengurangan kutipan PTPTN daripada RM1,324.43 juta pada Jun hingga September tahun lalu kepada RM817.56 juta tempoh sama tahun ini.

Beliau berkata, tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2018 memanjangkan tempoh penangguhan bayar balik daripada enam bulan kepada 12 bulan antara punca berlakunya penurunan tersebut.

“Dulu polisi adalah selepas tamat pengajian enam bulan kena bayar balik tapi dalam perbentangan Bajet 2018 yang berkuatkuasa 1 November, penangguhan tempoh dipanjangkan daripada enam bulan kepada 12 bulan.

“Sebab itu kita dapat lihat penurunan pada Januari tahun lepas RM351 juta tetapi tahun ini RM297 juta,” katanya ketika menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai jumlah kutipan PTPTN selepas menghapuskan tindakan senarai hitam para peminjam dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah berjanji untuk memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam PTPTN dan menangguhkan pembayaran balik kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan. - UTUSAN ONLINE