Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, forum itu akan membincangkan pelbagai isu masalah perbandaran masa hadapan dalam usaha memastikan keselesaan dan kesejahteraan rakyat.

“Untuk mencapai status rakyat sejahtera, kita perlu melihat negara antarabangsa yang mempunyai bilangan rakyat yang lebih tinggi daripada kita.

“Kita juga membuat perancangan pembangunan bandar 2050 dengan melihat apa yang telah diputuskan diperingkat antarabangsa dan sesuaikan dengan negara kita untuk digunapakai,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid (BN-Kota Tinggi) dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE