Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, selain Majlis Peguam, pihak-pihak berkepentingan dan pakar dalam bidang khusus serta perundangan turut menjadi ahli dalam jawatankuasa tersebut .

Jelas beliau, antaranya adalah Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Mahkamah, Persatuan Undang-Undang Sabah, Persatuan Peguambela Sarawak, Persatuan Peguam Syarie, pengamal undang-undang dan dekan-dekan fakulti undang-undang daripada institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Kesemua ahli-ahli berkenaan dalam proses perbincangan dan mereka akan melihat secara keseluruhan kepada cadangan yang boleh diguna pakai kerana metodologi yang diguna pakai dalam perbincangan tersebut adalah ‘Focus Group Discussion’ iaitu ahli-ahli berpeluang mengemukakan sebarang pandangan atau cadangan bertulis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Su Keong Siong (DAP-Ipoh Timur) dalam Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT), di sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE