Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lulus sebulat suara

Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian)

KUALA LUMPUR 21 Ogos - Rang Undang-Undang Mem­perbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Pencerai­an) (Pindaan) 2017 diluluskan sebulat suara di Dewan Negara hari ini.

Azalina Othman Said

Rang undang-undang tersebut diluluskan setelah di­bacakan buat kali ketiga oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina ketika meng­gulung perbahasan Rang Undang-Undang Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Pen­ceraian) (Pindaan) 2017 itu ber­kata, kerajaan boleh menarik balik pindaan tersebut namun memilih untuk tidak berbuat demikian kerana mahu berlaku adil kepada mereka yang bukan Islam.

“Islam merupakan agama yang adil, pindaan ini memberikan interpretasi positif supaya seseorang individu menyelesaikan masalah berhubung perkahwinan sivil sebelum memeluk agama Islam,” katanya.

Sementara itu dalam kenya­taan, Aza­lina berkata, rang undang-undang tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana pindaan rang undang-undang itu melibatkan perkahwinan monogami bagi orang bukan Islam yang merangkumi upacara dan pendaftaran perkahwinan di negara ini.

Justeru katanya, tidak timbul isu bahawa pindaan ini bercanggah dengan Senarai II Jadual Ke­sembilan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa beberapa pihak.

“Ini kerana apabila salah seorang daripada pasangan tersebut memeluk agama Islam mereka masih boleh me­rujuk kepada Mahkamah Sivil mengenai perkara yang berhubungan dengan pembubaran perkahwinan yang dibuat di bawah undang-undang sivil,” katanya.

Azalina berkata, mengenai cadangan pindaan untuk mema­sukkan Seksyen 51 ke dalam rang undang-undang tersebut adalah untuk menyelesaikan pertikaian yang timbul sebelum ini.

“Pindaan ini juga tidak menafikan hak kedua-dua pihak untuk memfailkan petisyen sekali gus memberi keadilan kepada pasangan untuk penceraian secara baik di samping kebajikan anak-anak dapat diurus bagi menjamin masa depan mereka,” katanya.

Terdahulu ketika sesi perbahasan rang undang-undang itu berlangsung, Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd. Yusoff berkata, beliau kesal apabila ada pihak yang cuba memutar belit Rang Undang-Undang Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2017 itu dengan mendakwa ia tidak mendatangkan kebaikan kepada orang Islam.

“Saya minta supaya perkara baik yang dilakukan kerajaan ja­ngan diputar belit oleh pihak-pihak yang mempunyai kepenti­ngan politik sesetengah individu.

“Rang undang-undang ini dipinda dengan niat kerajaan bagi membantu mualaf dan menjaga kepentingan mereka,” ujarnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain