Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lulus 13 rang undang-undang

Dewan Rakyat ditangguhkan selepas 20 hari bersidang

Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah
Abdul Hadi Awang membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 di Dewan Rakyat, Khamis lalu. bernama

KUALA LUMPUR 9 April - Selepas 20 hari bersidang, sidang Dewan Rakyat ditangguhkan Khamis lalu dengan menyaksikan 13 rang undang-undang diluluskan termasuk Rang Undang-undang Kesalahan-Ke­salahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang menjadi perhatian ramai.

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 yang bermula 6 Mac itu mencatat rekod persidangan paling panjang apabila berlangsung selama 20 jam sehari sebelum persidangan ditangguhkan.

Kembali bersidang di bangunan utama Parlimen setelah menjalani proses pengubahsuaian dan penambahbaikan sejak 2012, persidangan kali ini dirasmikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketika bertitah, Seri Paduka menzahirkan rasa dukacita ke­rana masih berlaku penyelewe­ngan, ketirisan dan rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan yang melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.

Selepas sesi perbahasan dan penggulungan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong yang berlangsung selama seminggu, sidang Dewan Rakyat mulai panas apabila beberapa rang undang-undang dibentang dan dibahaskan terutamanya Rang Undang-undang Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ironinya, rang undang-undang itu mendapat reaksi positif daripada anggota Parlimen termasuk pembangkang yang me­nunjukkan solidariti semua pi­hak dalam memastikan keselamatan dan kepentingan kanak-kanak di negara ini terus terpelihara.

Namun, kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya berhubung isu perkahwinan perogol dan mangsa ketika sesi perbahasan itu mengundang pelbagai reaksi daripada semua pihak.

Shabudin kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya dilaporkan secara tidak tepat dan disalahertikan.

Turut menjadi perhatian pada persidangan kali ini ialah Rang Undang-undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Akta 355) yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada hari terakhir persidangan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun membuat keputusan usul itu akan dibahas dan diputuskan pada sesi persida­ngan Dewan Rakyat akan datang dan menangguhkan persidangan dewan pada 4 petang.

Tindakan Pandikar Amin menangguhkan hari terakhir sidang Dewan Rakyat itu lebih awal daripada kebiasaannya menerima kecaman pelbagai pihak terutama pembangkang yang mendakwa mereka tidak diberi peluang untuk membahaskan RUU 355 ber­kenaan.

Selain itu, tindakan Pandikar Amin membuat ketetapan melarang petugas media daripada berkumpul di lobi Parlimen juga menimbulkan bantahan daripada pihak media.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat berikutan rungutan yang diterima daripada ahli Parlimen yang kurang selesa dengan kehadiran ramai petugas media di lokasi tersebut.

Pada persidangan kali ini, selain 13 rang undang-undang diluluskan, lima rang undang-undang dibawa ke sesi akan datang manakala Rang Undang-Undang Setem (Pindaan) 2016 pula ditarik balik.

Menurut laman web Parlimen, sidang Dewan Rakyat dijadual bersambung 24 Julai ini. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain