S.K. Devamany

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S.K. Devamany berkata, sebahagian besar peningkatan itu membabit­kan laluan Kelana Jaya yang me­liputi laluan Putra Height ke Gombak iaitu sebanyak 15,404 pengguna setiap hari.

“Purata jumlah pengguna harian yang dicatatkan bagi laluan Ampang yang meliputi Putra Heights, Sentul Timur dan Am­pang juga turut meningkat kepada 2,582 orang,” katanya.

Beliau berkata demi­kian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) me­ngenai jumlah purata penumpang menggunakan LRT laluan Kelana Jaya dan laluan Ampang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Devamany berkata, secara purata, mulai tahun 2011 hingga Ogos lalu, seramai 260,918 penumpang direkodkan menggunakan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pada setiap hari, manakala seramai 214,410 penumpang menggunakan LRT laluan Ampang

“Jumlah penum­pang itu tidak termasuk dengan peningkatan penumpang yang direkodkan selepas pembukaan Projek Penyambungan Jajaran yang melibatkan 13 stesen baharu bagi laluan LRT Kelana Jaya dan 11 stesen baharu untuk laluan Ampang,” katanya.