MUJAHID YUSOF RAWA

Menteri di Jabatan Perdana Men­teri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, setiap perkara yang dibincangkan berhubung isu berke­naan adalah bagi me­ningkatkan kawalan ter­hadap isu perkahwinan bawah umur.

“Sebab ada klausa, itu yang masalah. Kalau kita sekadar ketatkan sahaja, ia hanya akan menjadi langkah sementara sahaja.

“Walaupun dalam Islam ia (berkahwin bawah umur) boleh, tapi kita kena faham, perlu mengambil sikap demi maslahat kepentingan awam yang lebih besar terutama melindungi kanak-kanak,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Muja­hid menyatakan, ke­rajaan akan merangka garis panduan lebih ketat membabitkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur secepat mungkin.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan perlu memberi keutamaan kepada memberi perhatian secara menyeluruh terhadap aspek pendidikan kekeluargaan dalam menangani isu perkahwinan di bawah umur.

Beliau berkata, isu itu bukan hanya melibatkan umat Islam tetapi penganut agama-agama lain juga.

“Dalam hal ini, Orang Asli mi­salnya menjadi budaya mereka berkahwin di bawah umur 15 tahun dan 16 tahun, jadi saya nak lihat dalam kerangka yang besar mengenai isu ini supaya menilai apa masalah sebenar,” katanya.