Salleh Said Keru ak
Salleh Said Keru ak

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, hebahan akan dibuat melalui pelbagai platform kementeriannya termasuk menggunakan me­dia arus perdana dan media sosial serta bekerjasama de­ngan Jabatan Meteorologi.

“Apa yang penting kekerapan hebahan yang harus kita pertingkatkan kerana keadaan cuaca tidak seperti dahulu apabila ia semakin susah diramal.

“Kalau dahulu, kita tahu bulan berapa akan banjir tetapi sekarang ia boleh berlaku pada bila-bila masa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku New Media Political Engagement and Participation in Malaysia di bangunan Parlimen hari ini.

Buku tersebut ditulis oleh Felo Institut Pengajian Kewartawanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. C. Saraswathy yang merangkumkan pelbagai reaksi rakyat di negara ini terhadap maklumat yang disiarkan media termasuk yang tidak sahih atau diputar belit.

Dalam pada itu, Salleh berkata, kementeriannya telah diminta untuk mengenal pasti dan mengambil langkah tertentu sekiranya berlaku gangguan talian komunikasi di kawasan terjejas banjir sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

“Buat masa ini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai talian di sana, jadi mungkin tiada sebarang masalah,” katanya.