Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pengusiran itu berlaku atas pelbagai sebab dan kerajaan akan terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi mengekang kemasukan warga asing secara tidak sah ke Sabah.

Malah, kata beliau, Sabah kini tidak lagi menjadi lokasi penempatan untuk pelarian dari Filipina yang berada di bawah pengawasan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) seperti mana tahun 1970-an.

“Tidak dinafikan keamanan serta kemakmuran negeri Sabah telah menjadi tarikan kemasukan PATI dari Filipina dan Indonesia. Kerajaan akan melipatkan gandakan usaha pengusiran pendatang asing tidak sah ini.

“Malah untuk esok sahaja, kerajaan akan mengusir seramai 303 tahanan warga Indonesia melalui Pelabuhan Tawau,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Jumat Idris (BN-Sepanggar) yang bertanyakan bilangan warga asing yang memasuki Sabah pada sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN ONLINE