REEZAL MERICAN NAINA MERICAN

Cadangan itu disuarakan Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang kecewa apabila soalan beliau berhubung isu tuntutan bertindih itu tidak dijawab dengan konkrit oleh kerajaan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

“Kalau ini berterusan apakah perlu ada satu bentuk pendekatan baharu. Sebab dari 10 negara ASEAN, tak semua mempunyai kepentingan, hanya empat negara membuat tuntutan bertindih.


“Barangkali Malaysia ingin mengutarakan ‘leadership role’ untuk membentuk kaukus dalam kalangan empat tuntutan bertindih agar isu ini diselesaikan secara lebih komprehensif dan tuntas,” katanya seperti dipetik BNP Portal hari ini.

Menurut Reezal Merican, kebanyakan perkara yang menjadi tuntutan bertindih antara beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia dan China tidak dapat diselesaikan memandangkan negara itu tidak menggunakan peruntukan serupa.


“Kita menggunakan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS). Tetapi malangnya China sentiasa berpegang kepada ‘Nine-Dash Line’.

“Kita nak buat Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan Laut China Selatan (DOC) dari 2002, sekarang sudah 2018, hampir 16 tahun, sekarang baru nak mulakan Kod Tata Laku (COC).

“Saya difahamkan COC ini juga ada pertikaian,” katanya.

Reezal memberitahu, isu pertindihan tersebut dibangkitkan beliau memandangkan perkara itu dilihat sebagai satu isu kompleks serta amat penting. - UTUSAN ONLINE