Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, beliau juga sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Parlimen juga tidak dimaklumkan mengenai hal berkenaan.

"Saya difahamkan Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak dimaklumkan peletakan notis itu dan juga pelaksanaan larangan merokok di kawasan Parlimen.

"Saya sebagai menteri yang jaga hal ehwal Parlimen, tidak dimaklumkan, jadi saya rasa baik Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad membuat satu kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan hasrat beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Larangan merokok itu telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli Parlimen antaranya Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap kelompok ahli Parlimen yang merokok

Dalam pada itu, menurut Vui Keong beliau difahamkan bahawa Menteri Kesihatan akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE