MAHDZIR KHALID

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian sendiri tidak pernah menerima sebarang laporan daripada guru mengenai murid terbantut dan tidak mampu membeli makanan.

"Kita ada kajian. Tak adalah (kes) di sekolah menunjukkan budak tidak mampu (makan) sehingga begitu teruk sekali. Setakat ini tak ada lagi laporan daripada guru," katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) yang mahu penjelasan kementerian mengenai laporan Unicef berkenaan yang diterbitkan baru-baru ini.

Ia antara lain mendakwa kanak-kanak yang menetap di PPR di sekitar Kuala Lumpur lebih ramai terkesan dengan masalah itu berbanding kanak-kanak di kawasan lain. - BERNAMA