Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum memulakan sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri hari ini berkata laporan mengenai kajian semula itu telah diedarkan kepada anggota Parlimen hari ini.

"Saya ingin mengingatkan bahawa kesemua dokumen tersebut tidak boleh disiarkan, embargo sehingga dibentangkan pada Rabu, 28 Mac 2018," katanya. - BERNAMA