Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, kementerian akan membuat pengumuman umum berhubung perkara tersebut.

“Kementerian telah pun membentuk jawatankuasa profesional yang akan bermesyuarat pada 16 Disember ini. Insya-Allah.

“Akan ada satu laporan dikeluarkan dan kita akan buat pengumuman awam,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menggulung perbahasan usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. - UTUSAN ONLINE