Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Laporan ATSB pelik

Sebuah kapal tentera dari Australia turut membantu pencarian pesawat
Sebuah kapal tentera dari Australia turut membantu pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi. REUTERS

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mendakwa misi pencarian Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebelum ini adalah salah disifatkan sebagai sesuatu yang amat pelik.

Ab. Aziz Kaprawi
Ab. Aziz Kaprawi

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, ini kerana keputusan menentukan lokasi pencarian dibuat daripada pasukan penyiasat itu sendiri.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan, kerajaan akan mengadakan Mesyuarat Tiga Pihak Peringkat Menteri (Malaysia, China dan Australia) untuk mene­ntukan hala tuju sebenar berdasarkan laporan itu.

“Ini satu perkemba­ngan yang agak pelik. Kerajaan pada masa ini tidak boleh membuat apa-apa komen mengenai laporan itu sehingga ada mesyuarat berke­naan.

“Pastinya kita akan ada perbincangan lanjut dengan pihak ATSB kerana segala keputusan berhubung pencarian MH370 itu mesti dibuat melalui mesyuarat antara tiga negara itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, para penyiasat yang me­ngendalikan misi mencari pesawat MH370 mencadangkan agar kawasan pencarian diperluaskan ke bahagian utara Lautan Hindi.

Cadangan itu dikemukakan selepas mereka mendakwa misi pencarian selama ini dijalankan di kawasan yang salah selepas ATSB mengeluarkan laporan mengenai penemuan bukti baharu bahawa pergerakan lautan dan analisis komunikasi satelit dengan pesawat serta serpihan dijumpai telah menentukan kawasan pencarian baharu.

Bagaimanapun, Australia menolak cadangan tersebut kerana mendakwa kekurangan bukti kukuh untuk memperluaskan kawasan pencarian, selain berkata, mereka tidak pasti sama ada pa­sukan mencari Malaysia dan China akan membiayai operasi pencarian.

Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu masih lagi belum ditemui walaupun operasi mencari secara besar-besaran dijalankan di selatan Lautan Hindi, lokasi di mana penerbangan pesawat itu dipercayai ‘berakhir’ selepas beralih dari laluan asalnya.

Sementara itu beliau berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tidak menerima sebarang laporan tentang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) berhubung langkah-langkah keselamatan yang perlu dipatuhi oleh mana-mana syarikat penerbangan.

Ab. Aziz berkata, sehingga hari ini, semua syarikat penerbangan mematuhi setiap garis panduan keselamatan yang ditetapkan termasuk tempoh masa transit di lapangan terbang tidak boleh kurang daripada 20 minit.

“Jika benar berlaku ada syarikat penerbangan terus membuat penerbangan sebaik sahaja tiba, minta buat laporan untuk disiasat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Sena­tor Datuk Abdullah Mat Yassim berhubung tahap keselamatan yang diambil oleh syarikat-syarikat penerbangan bagi memastikan keselamatan penumpang dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain