Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu oleh mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan.


Katanya, tindakan tidak dapat dilakukan polis sekiranya tiada laporan dilakukan.


“Kita di peringkat kementerian, kita serahkan kepada polis untuk membuat tindakan berpandukan kepada laporan polis, kalau ada. Jadi, saya bukan peguam di sini Tuan Yang Dipertua.


“Tetapi, realitinya, jika ada laporan polis, kita serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk menilai tentang isu ini,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanyakan sama ada kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap golongan kerabat diraja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.- UTUSAN ONLINE