Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, jumlah itu dijangka meningkat apabila lebih banyak hotel dan rumah penginapan melaksanakan kutipan cukai berkenaan.

“Memandangkan baru masuk bulan kedua cukai ini dilaksanakan, mungkin ramai tidak tahu dan kerana itu jumlah kutipannya masih rendah.

“Cukai ini hanya membabitkan hotel yang berdaftar dengan kementerian sahaja,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan cukai pelancongan berkuat kuasa 1 September lalu ke atas pelancong asing sahaja pada kadar RM10 untuk setiap bilik bagi satu malam. – UTUSAN ONLINE