Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata proses pemerolehan ini dibuka kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kepakaran dan ingin menawarkan perkhidmatan yang sama.

"Perjanjian antara Puspakom dan kementerian ini telah tamat, sekarang dalam tempoh interim sampai Disember, kementerian sedang menguruskan pemerolehan ini, ertinya ia terbuka, bukan hanya Puspakom," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Sewa Beli (Pindaan) 2018.

Rang Undang-Undang berkenaan yang bertujuan memperkukuhkan lagi perlindungan dengan memperuntukkan keperluan pembayaran fi yang ditetapkan kepada pihak berkuasa relevan bagi pengisytiharaan kenderaan motor terpakai dan memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan fi tersebut, diluluskan Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata pindaan berkenaan akan membolehkan kerajaan mempunyai lebih 'bargaining power' apabila masuk fasa rundingan dengan mana-mana syarikat. - BERNAMA