Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata selain itu, kaedah penggunaan kolagen pada durian juga membolehkan buah itu bertahan sehingga setahun.

"Kita ada import daripada Thailand tapi saya tidak boleh sebutkan secara spesifik tetapi kebanyakan masyarakat dunia jika diberi pilihan antara durian Thailand dan durian Malaysia, durian Malaysia lebih utama", katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai kajian durian dan kesan pengambilannya terhadap kesihatan.

Ahmad Shabery berkata pelbagai kajian telah dijalankan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti kebaikan durian.

Ini termasuk kajian di Thailand pada 2011 mengenai komposisi durian yang mempunyai antioksida lebih tinggi berbanding buah tropika lain, serta kajian di China pada 2010 berkaitan kulit durian yang mempunyai antibiotik untuk melegakan batuk. - BERNAMA