Ia berikutan Kit Siang mencabar keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia membenarkan usul Kajian Semula Persempadanan Kawasan Pilihan Raya yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini untuk diteruskan.

Speaker berkata, keputusan penangguhan sementara persidangan dewan itu adalah bagi memberi peluang kepada Kit Siang untuk keluar sendiri sebelum persidangan disambung semula.

"Ini untuk membolehkan Gelang Patah keluar daripada Dewan. Jika setelah persidangan disambung, Gelang Patah masih di sini, saya akan mengarahkan polis untuk membawa beliau keluar," katanya.

Terdahulu Pandikar Amin te­lah mengarahkan Kit Siang untuk ke­luar sendiri dari Dewan tetapi anggota Parlimen itu enggan.

Pandikar Amin kemudiannya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Aza­lina Othman Said untuk menggunakan Peraturan Mesyuarat 44 (3) untuk menggantung Lim.

“Majlis mesyuarat hari ini memutuskan untuk mencadangkan supaya Gelang Patah digantung daripada perkhidmatan majlis mesyuarat selama enam bulan,” kata Azalina.

Usul itu disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Razali Ibrahim.

Kekecohan tercetus selepas tamat sesi soal jawab pagi ini apabila Charles Santiago (DAP-Klang) mempersoalkan keputusan Pandikar untuk meneruskan pembentangan Usul Kajian Semula Persempadanan walaupun terdapat tiga injunksi oleh pembangkang di mahkamah.

Pandikar kemudian memetik Peraturan Mesyuarat 36 (2) bahawa keputusan itu tidak bersifat subjudis sebaliknya selari dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dengan mengambil contoh kes di Melaka iaitu mahkamah tidak masuk campur kerana ia berdasarkan prinsip pengasingan kuasa.– BERNAMA